Wednesday, November 14, 2012

Jutawan 3R



#RM8.00 (not including postage)  SOLD!

Kisah dua remaja nakal yang mahu bergelar jutawan kitar semula!!

8+1





#RM8.00 (not including postage)

Allah selalu memberikan yang terbaik kepada hamba-Nya.

Ungkapan di atas lebih mudah diucapkan kepada orang lain daripada diri sendiri, bukan?Khususnya ketika seseorang itu sedang dilanda banyak masalah.

Kira-kira begitulah keadaan yang dialami oleh Lila.Sejak tamat kuliah,dia tidak kunjung mendapat pekerjaan.Sebagai adik bongsu daripada empat bersaudara,Lila satu-satunya yang masih belum berkahwin.Calonnya sudah ada, tetapi entah kenapa, jejaka yang sedang belajar di seberang sana masih belum melamarnya.

Keadaannya diperparahkan lagi dengan kehadiran lapan orang anak saudaranya yang lebih suka membuatkan dirinya pening kepala berbanding orang tua mereka sendiri.Segalanya harus dilalui oleh Lila seorang diri, kedua orang tuanya telah meninggal dunia, sedangkan abang-abang dan kakaknya sibuk dengan kehidupan masing-masing.  

Dunia Sains Aiman: Diari Ramadhan Aiman



#RM7.00 (not including postage)

"Hmm..saya fikir sempena puasa Ramadan kali ini, saya mahu membuat Diari Ramadanlah!" Aiman tersengih sendiri.
"Lagipun, saya tidak pernah menulis sebarang catatan sebelum ini!Hmm..selain daripada catatan pelajaran sekolahlah.."Aiman terangguk sendiri memikirkan rancangannya.Tetapi kali ini Aiman bukan mahu merancang apa-apa, dia cuma mahu mencatat perjalanan puasanya..

Dunia Sains Aiman: Kereta Solar



#RM7.00 (not including postage)

"Apa sebenarnya projek rahsia abang awak itu?"Kumar mengutarakan soalan yang menyebulungi minda mereka bertiga sejak Aiman membentangkan idea 'kereta'nya di dalam kelas.

"Mana saya tahu!"Azfar meninggikan suaranya.Melihat kesungguhan abangnya menelaah majalah dan melayari internet, pasti bukan suatu yang mudah dan memang patut ianya dijadikan rahsia supaya tiada yang meniru ideanya.

Apakah projek rahsia Aiman sehingga Azfar bersungguh-sungguh mempertahankan rahsia abangnya?

Dunia Sains Aiman: Dari Rusia ke Malaysia



#RM7.00 (not including postage)

Tidak lama kemudian, Encik Zainal menekan hon keretanya sekali lagi. Namun kali ini honnya lebih panjang berbanding sebelumnya. Fikir Ardini, pasti itu adalah kawan yang lebih rapat dengan ayahnya.

"Eh, ayah! Lembu pun kawan ayahkah?" soal Ardini terperanjat melihat lembu di luar kereta mereka.

"Bukanlah!" jawab Encik Zainal sambil tersenyum.

"Habis itu, bukankah ayah hon semua kawan ayah yang ayah temui di jalan raya tadi?" Ardini masih cuba mempertahankan pendiriannya.

"Ayah hon lembu itu supaya mereka ke tepi," balas Encik Zainal. Semua yang ada dalam kereta itu terus ketawa.

Dunia Sains Aiman: Dunia Semut



#RM7.00 (not including postage)

"Ying Chun!" Aiman kelihatan marah.
"Apa?" Ying Chun berhenti lalu berpaling ke belakang.
"Jangan bergerak!" Aiman mengarah. Tangannya diangkat ke depan dan tapak tangannya melebar bagaikan pengawal jalan raya mengarah orang berhenti!
"Awak ini!Apa lagi?" Ying Chun bersuara.
Langkahnya mati seketika.

Sejak akhir-akhir ini, perangai Aiman agak pelik. Hari ini dia marah kawan baiknya pula. Apa yang menyebabkan Aiman jadi begitu? 

Dunia Sains Aiman: Demam F1



#RM7.00 (not including postage) SOLD!

Bibir William menguntum senyuman.Senyuman yang menyembunyikan makna. Tiba-tiba dia menjerit, "Esok kita akan menonton perlumbaan kereta F1 di Sepang,''

Mereka tersentak mendengar jeritan William. Yalah, semua orang mengimpikan mahu menonton perlumbaan itu. Tetapi kerana harga tiket yang mahal, tidak ramai yang mampu. "Awak membeli tiketnya?" Melopong mulut Aiman mendengar kata-kata William.

WAh! Kaya sungguh si William.Betulkah dia mahu membelanja kawan-kawannya itu?